Satu mesej viral sedang beredar di media massa pada jam ini melaporkan satu kejadian kapal terbang terhempas di Kelantan. Laporan itu diterima melalui panggilan orang awam yang mendakwa ternampak sebuah pesawat terbang rendah dalam keadaan bernyala seperti sedang terbakar. Mesej tersebar seperti berikut:
LAPORAN KAPAL TERBANG TERHEMPAS
PGO Kelantan terima panggilan daripada RC KL 15-0011380 ,caller mengatakan kapal terbang jatuh dialamat Block 7 Kampung Lata Manis Gua Musang pada jam 20:35 malam tarikh 03/06/2015 :-
Jentera terlibat - FRT Gua Musang -3 anggota
- RRV Gua Musang -3 Anggota
- Hilux Gua Musang - 2 Bersama Ketua Balai
- PBS - Bertam - 3 orang
Pada jam 22:02 ketua balai gua musang menghubungi PGO Kelantan ,Maklumat terkini mengatakan telah sampai dilokasi yang dilaporkan kapal terbang jatuh tetapi tidak menjumpai kapal terbang yang jatuh tersebut buat masa ini, Ketua Balai Gua Musang masih mencari lagi bersama orang-orang kampung tersebut.Walaubagaimanapun, sehingga ke saat ini lokasi kapal tersebut masih tidak ditemui oleh anggota penyelamat yang dikerah. Menurut satu lagi mesej tersebar mengatakan menara kawalan telah melaporkan tiada signal menunjukkan sebarang pesawat terputus hubungan ataupun hilang dari radar.
As Salam Ydh Tan Sri, melalui 999 telah menerima panggilan drp Pengadu:
Maklumat
Mengikut pengadu pada jam 8.30 mlm nampak kapal terbang terbang rendah dgn lampu merah biru menyala..mengikut pengiraan pengadu kapal terbng tersebut telah terhempas di limau kasturi/jeram tekoh ( belakang Ecer Rantau Manis ).
Tindakan :
1) Utk makluman Ydh Tan Sri, pihak kita telah menghubungi tower air trafik control Kota Bharu menyemak mengenai perkara ini dan di dapati semua kapalterbang selamat mendarat.
2) Berhubung dgn pihak TUDM yg berpengkalan di Kuantan pun tiada pesawatnya yg hilang.
3)Mengarahkan MPV dan anggota balai yg berdekatan Balai polis paloh utk pergi membuat search..masih negatif atau tidak ada apa2 insiden setakat ini berlaku.Penduduk kpg juga memaklumkan tiada dengar bunyi letupan.
4) Pihak kita sedang memanggil pengadu yg berkaitan utk mengambil statement utk mengetahui lebih lanjut mengenai maklumat yg diberi oleh beliau utk tindakan lanjut.
Utk makluman Ydh Tan Sri..Salam hormat..tq
Info dr bomba kb. Gambar orang ramai berkumpul berdekatan lokasi :
Screenshot Flightradar Pesawat Firefly FY2070 menuju ke Kota Bharu yang turut dikepilkan dalam mesej yang tersebar juga adalah palsu. Pesawat tersebut dilaporkan selamat mendarat.
Bomba menuju ke Lokasi:
UPDATE TERKINI:
Tiada pesawat terhempas di Kelantan - Polis Kelantan
Polis Kelantan dalam satu kenyataan yang dibuat oleh Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim pada jam 11.45 malam tadi mengesahkan tiada sebarang penemuan bangkai kapal terbang terhempas di RKT Jeram Tekoh, Gua Musang sebagaimana yang diviralkan dalam laman sosial.sumber
Post a Comment