JOHOR BAHRU – Polis Johor hari ini mengesahkan telah menerima lapan laporan polis berikutan satu kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri untuk 'membelasah' Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Menurut Ketua Polis Negeri, Datuk Rusli Ahmad, kelapan-lapan laporan itu diterima sehingga jam 9 pagi tadi.
“Kita terima lapan laporan polis dan siasatan mengenai perkara ini dikendalikan satu unit khas dari Bukit Aman.
“Kita akan memantau dan lihat apa yang kita boleh bantu,” katanya memetik laporan dari Sinar Harian.
Nazri menimbulkan kontroversi setelah membuat kenyataan tersebut dan mengundang kemarahan rakyat khususnya rakyat Johor yang mahu kenyataan itu ditarik balik oleh Nazri. -Sumber
Post a Comment