ABANG MAUT DILIBAS PISAU OLEH ADIK SENDIRI KERANA DITUDUH TIDAK PUASA

BANTING - Gara-gara berang dituduh tidak berpuasa, seorang lelaki maut apabila lehernya dilibas dengan pisau dalam kejadian di Jalan Orkid Batu 8, Sijangkang, petang semalam.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 6.30 petang itu, mangsa, 32, dilaporkan bergaduh dengan adiknya, 27, yang menegurnya tidak berpuasa.

Akibat teguran itu, kedua-duanya bergaduh di dalam rumah. Mangsa menyerang adiknya menggunakan besi panjang dan adiknya bertindak balas mengambil pisau dan melibas ke arah mangsa.

Malangnya libasan itu terkena pada leher kiri abang menyebabkan mangsa mengelupur.

Takut dengan keadaan abangnya itu, adiknya bergegas keluar dan meminta bantuan seorang rakannya untuk menghantar abangnya ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.

Belum sempat menerima rawatan di hospital, mangsa disahkan meninggal dunia.

Pembantu Perubatan HTAR membuat laporan polis mengenai kejadian itu dan polis telah menahan lelaki itu di rumahnya. Sumber- THEHYPEMEDIA.COM

Post a Comment