
PUTRAJAYA - Demikianlah pertanyaan dari seorang pesalah trafik yang ditahan oleh polis peronda. Video berdurasi 1 minit 27 itu dimuat naik oleh laman Facebook Friends of PDRM.
Berdasarkan video berkenaan, pemandu itu terus menerus mengasak pegawai polis trafik yang sedang mengeluarkan surat saman kepadanya.
Difahamkan, lelaki itu memberhentikan lorinya di tepi lebuhraya untuk menjawab panggilan telefon. Katanya lagi, dia mengikut seruan kempen agar tidak menggunakan telefon ketika memandu dan itulah sebabnya dia memberhentikan lorinya di tepi jalan.
Namun, dia tidak faham mengapa dia tetap dikenakan saman. Lelaki itu bertambah berang apabila soalannya pula tidak dijawab oleh anggota polis trafik terbabit.
Menurut pemandu lori berkenaan, anggota polis trafik itu tidak menghalangnya untuk merakam video mereka menjalankan tugas. Sesekali lelaki itu meminta simpati agar tidak dikenakan saman, namun nasi sudah menjadi bubur.
Laman Friends of PDRM memberikan penjelasan, pemandu lori itu disaman kerana memberhentikan kenderaannya tidak jauh dari susur keluar dari kiri.
"Jadi, risiko tinggi untuk berlaku kemalangan terutamnya pada penunggang motosikal yang sememangnya akan menggunakan lorong kecemasan itu,"
Sungguhpun diprovok dengan 'jayanya' oleh pemandu lori itu, anggota berkenaan tetap tenang dan bersikap profesional serta sempat menasihatkan pemandu itu untuk membuat rayuan sebelum berlalu pergi. - THEHYPEMEDIA
Post a Comment