ANAK TAIB MAHMUD AKUI KEKAYAAN BERNILAI RM 1.185 BILION??

Anak lelaki kepadaYang di-Pertua Negeri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud, mengaku di Mahkaman Tinggi Syariah Kuala Lumpur bahawa harta kekayaannya bernilai RM1.185 bilion, berdasar laporan oleh juraudit yang diupah bekas isterinya.

Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib mengakui memiliki 20 syarikat di mana dia menjadi pengarah kepada syarikat-syarikat berkenaan yang menyumbangkan aset dengan nilainya itu, seperti laporan Ferrer Hodgson MH Sdn Bhd.

Ferrer Hodgson MH sebuah syarikat audit telah diupah oleh Shahnaz A Majid untuk menganggarkan nilai kekayaan bekas suaminya.

Menurut juruaudit syarikat berkenaan yang bertindak sebagai saksi, Andrew Heng telah mendedahkan bahawa kekayaan yang dimiliki oleh Mahmud bernilai antara RM916 juta hingga RM1.334 bilion.

Menjawab soalan yang ditanya peguam bekas isterinya Shahnaz iaitu Rafie Shafie mengenai aset miliknyaMahmud mengakui berdasar apa yang ditulis dalam laporan yang diserahkan sebagai bukti itu dia bernilai RM1.185 bilion.

“Bagaimanapun, ia mungkin tidak termasuk liabiliti,” dakwa saksi itu. - Siakapkeli.my

Post a Comment