MENJELANG Ramadhan ini, Emirah Arab Bersatu (UAE) telah melaksanakan satu undang-undang baru di mana rakyat mereka akan dikenakan denda sekiranya mencarut di dalam aplikasi permesejan Whatsapp.
Denda sehingga Dh250,000 (RM255,000) bakal dikenakan jika seorang individu didapati bersalah dan sekiranya bukan merupakan warganegara UAE, individu tersebut akan diusir keluar dari negara timur tengah itu.
Undang-undang baru ini digubal selepas berlakunya kes seorang warga UAE dikenakan hukuman denda Dh3000 kerana mencarut menggunakan aplikasi pemesejan WhatsApp.
Pihak pendakwaraya merayu kepada hakim bahawa hukuman denda yang dikenakan tidak cukup tinggi bagi mengelakkan kejadian mencarut di atas talian seperti ini dilakukan di masa hadapan.
Hukuman mencecah suku juta Rigggit ini diharap dapat membuatkan penduduk UAE untuk befikir dua kali sebelum menggunakan kata-kata kesat di atas talian.
Pada pendapat anda, adakah hukuman denda yang dikenakan ini munasabah?
Sekiranya kerajaan di Malaysia mengambil langkah yang sama adakah ianya wajar disokong?Sumber-MYNEWSHUB.CC
Post a Comment