Lebih daripada 800,000 orang di seluruh dunia membunuh diri setiap tahun, dan berjuta-juta lagi mencuba tetapi gagal.
Ini meletakkan membunuh diri antara punca kematian tertinggi di dunia yang boleh dielakkan.Dari Albania ke Zimbabwe, di setiap negara , jumlah lelaki yang membunuh diri adalah lebih tinggi dari wanita.
Terdapat banyak faktor punca kepada perkara ini berlaku, namun, penyelidik dari University of Glasgow, Rory O’Connor, percaya bahawa faktor yang menyumbang kepada terjadinya kes bunuh diri ialah kesempurnaan sosial.
Menurutnya lagi, ianya tiada kaitan dengan apa yang orang lain fikirkan tentang diri anda. Ianya apa yang anda fikirkan adalah apa yang mereka harapkan. Apa yang menyebabkan ianya lebiih bermasalah ialah ia diluar kawalan anda.
Malah di negara maju, di mana kesaksamaan jantina tidaklah seteruk di negara-negara membangun, kebanyakan lelaki masih melihat diri mereka bertanggungjawab untuk menyediakan dan melindungi keluarga mereka.
Bukan hanya lelaki, malah wanita juga mempunyai masalah kesempurnaan sosial juga.
Namun kesempurnaan sosial lelaki adalah lebih berbahaya.
Roy Baumeister dari University Florida berkata, “Seorang lelaki yang tidak mampu menyara keluarga bukan lagi seorang lelaki, namun seorang wanita adalah wanita tidak kira apa pun, tetapi kelelakian boleh hilang.”SUMBER
Post a Comment