GILIRAN TONY FERNANDES KRITIK PENTADBIRAN KERAJAAN??

PETALING JAYA: Kecewa terhadap segolongan ahli politik di dalam negara yang dilihat tidak mengutamakan rakyat, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Berhad, Tony Fernandes mempersoal jika terdapat sebuah parti politik yang memperjuangkan aspirasi rakyat lebih daripada kepentingan peribadi. 

Tony meluahkan kekecewaannya menerusi beberapa posting di laman Twitternya. 

"Ini adalah keadaan yang amat pelik di Malaysia. Tidak ada akauntabiliti. Tiada siapa yang mendahulukan rakyat. Ia adalah tempoh yang mengecewakan. 

"Kerajaan dan pembangkang menghabiskan banyak masa terhadap bangsa dan agama. Adakah terdapat sebuah parti di Malaysia yang betul-betul mendahulukan rakyat," demikian memetik twitnya. 

Bukan itu sahaja Tony mahu pemimpin politik di negara ini mencontohi kejayaan syarikatnya yang sering meletakkan kepentingan semua pihak, tanpa mengira perbezaan kaum, agama dan latar belakang di landasan yang sama. 

"Dimana semua rakyat Malaysia menghormati budaya dan agama antara satu sama lain tetapi bekerjasama untuk manfaat semua. Jika anda memerlukan contoh, lihatlah AirAsia," ujarnya lagi. -Siakapkeli.my

Post a Comment