"INDIVIDU BOCORKAN MAKLUMAT CADANGAN NAIKKAN HARGA TOL, ADALAH PENGKHIANAT"-NAJIB

KUALA LUMPUR - Individu yang membocor maklumat mengenai cadangan menaikkan tol lebuh raya telah mengkhianati kepercayaan yang telah diberikan oleh kabinet, demikian kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perbuatan individu yang tidak beretika itu telah mencemarkan imej pentadbiran beliau, sedangkan keputusan menaikkan kadar tol yang terlibat masih belum dimuktamadkan.

"Kabinet telah membincangkan isu ini semalam tetapi butirannya seperti bagaimana ia dilaksanakan, akan diputuskan pada beberapa minggu mendatang. Justeru apa yang terbocor dari kabinet belum muktamad.

"Malangnya berlaku kebocoran melalui media sosial dan perkara ini digembar-gemburkan," katanya.Lapor sumber, majoriti anggota kabinet bersetuju menaikkan kadar bayaran tol untuk 16 dari 19 lebuh raya di negara ini.

Lapor Bernama, pemegang konsesi lebuh raya tidak tahu mengenai perkara itu.

Memetik laporan dari Astro Awani, Kementerian Kerja Raya akan mengadakan perbincangan lanjut dengan syarikat konsesi lebuh raya berhubung isu berkenaan.

Kementerian itu juga memohon kerjasama media untuk tidak membuat sebarang spekulasi mengenai isu kenaikan tol kerana ia belum dimuktamadkan. - THEHYPEMEDIA.COM

Post a Comment