INFO:CARA UNTUK BUANG VOKAL DARI LAGU MP3 UNTUK JADIKAN MINUS ONE KARAOKE

Pernah terfikir bagaimana cara untuk membuang vokal pada lagu Mp3 kegemaran anda dan membuat muzik tanpa vokal itu menjadi minus one atau karaoke?

Menerusi jomphp.com, disediakan dua tutorial ringkas cara untuk buang vokal daripada lagu dalam bentuk mp3. 

Hasilnya tidaklah menyerupai versi asal karaoke atau minus one tetapi boleh buat untuk suka–suka atau untuk latihan menyanyi di dalam bilik.

Yang pastinya dua cara ini hanya sesuai digunakan untuk pengguna sistem Windows.

Cara 1 : Guna Media Player yang ada fungsi “Vocal Remover”
Jika anda menggunakan Potplayer, pasang lagu mp3 dan right click > audio > speech processing > dan pilihVoice Filter atau tekan sahaja shortcut Shift + V.
Kalau guna UMPlayer, boleh pasang mp3, kemudian pergi ke Audio > Filters > Karaoke.

Cara 2 : gunakan filter “Vocal” pada playback device
Sesetengah audio device mempunyai fungsi filter yang boleh membuang vokal, seperti di kebanyakan laptop jenama Acer yang menggunakan Realtek HD Audio.

Tekan pada playback device > enhancements < dan select filter vocal .

Kedua2 cara ini boleh membuang vokal daripada lagu mp3 tetapi juga boleh merendahkan kualiti lagu yang anda dengar.Selamat mencuba!SUMBER

Post a Comment