PUTRAJAYA - Setelah isu 'Kain Sarung JPJ" menjadi viral di media sosial, akhirnya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa mereka kesal dengan kejadian yang berlaku pada seorang pelanggan wanita Cina yang diberikan kain sarung hanya kerana memakai skirt pendek ketika berurusan di pejabat cawnagan JPJ, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
Senada dengan kenyataan Menteri Kementerian Pengangkutan, JPJ juga menegaskan bahawa mereka tidak mempunyai polisi untuk memberikan kain sarung kepada pelanggan jika mereka memakai pakaian yang tidak menepati etika pemakaian pelawat.
"Kami berasa amat kesal dengan kejadian ini dan memohon maaf kepadanya (Suzanne G L Tan) di atas kesulitan itu. JPJ ingin menegaskan bahawa tiada peraturan yang menyatakan bahawa pelanggan perlu diberikan kain sarung jika mereka tidak menepati etika pemakaian pelawat," kata kenyataan itu.
Tindakan JPJ ini dilihat terlalu lemah dan tidak berfikir panjang sebelum mengeluarkan kenyataan. Sememangnya tiada dalam polisi mengarahkan pelanggan memakai kain sarung jika pakaian mereka tidak bersesuaian. Namun mereka diberikan pilihan sama ada mahu memakai atau pulang ke rumah dan kembali dengan pakaian yang bersesuaian jika mahu meneruskan urusan di pejabat kerajaan.
Sudah tentu Suzanne mempunyai pilihan dan ia bukan satu perkara yang memalukan sesiapa. Malah dengan cara itu juga Suzanne dapat menjimatkan masanya sendiri jika mahu urusannya diselesaikan dengan kadar segera.
Malangnya, Suzanne memilih cara untuk menyebarkan perkara itu di laman sosial dan bertujuan memburukkan JPJ kepada umum, sedangkan pilihan sudah diberikan dan dia memilih untuk memakai kain sarung yang disediakan.
Di sini dapat kita lihat, JPJ terpaksa tunduk kepada arahan menteri mereka. Jelas sekali tidak tegas dalam melaksanakan peraturan sekecil itu.
Post a Comment