KASIH IBU:VIDEO ARNAB BALAS DENDAM KEATAS ULAR KERANA BUNUH ANAKNYA

IBU mana yang tidak sayangkan anak, begitu juga dengan binatang yang punyai naluri sama.

Berang dengan tindakan ular yang membunuh anaknya, seekor arnab dirakam dengan beraninya telah membalas dendam.

Arnab yang diketahui tidaklah ganas seperti haiwan pemangsa yang lain, bertindak tidak mahu melepaskan ular yang telah membunuh anaknya begitu sahaja.

Ular itu dilihat telah ditendang berkali-kali serta digigit oleh ibu arnab berkenaan supaya menjauhkan diri daripada anaknya yang sudah mati.
Akibat tindakan berani dan pantas arnab tersebut, seekor anaknya dapat diselamatkan daripada menjadi mangsa ular yang berwarna hitam itu. – MYNEWSHUB.CC

Post a Comment