KEHILANGAN KAPAL TANGKI MINYAK RON 95 LIBATKAN LANUN-APNM

PUTRAJAYA - Maritim Malaysia (APMM) hari ini mengesahkan kehilangan kapal tangki MT Orkim Harmony baru-baru ini melibatkan sindiket lanun.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) APMM, Datuk Ahmad Fuzi Ab. Kahar berkata, perkara itu dikuatkan lagi dengan berdasarkan beberapa rekod kejadian di perairan tersebut dan juga hasil risikan.

"Bagaimanapun setakat pukul 3.30 petang tadi tiada langsung panggilan meminta wang tebusan daripada pihak bertanggungjawab.

"Kita yakin akan menemui kapal itu melalui operasi mencari dan menyelamat yang dilakukan secara besar-besaran termasuk mendapatkan bantuan daripada seluruh negara ASEAN.

"Petrol itu milik Petronas dan mereka menggunakan kapal milik syarikat Magna Meridian Sdn. Bhd untuk penghantaran," katanya memetik laporan Kosmo!

Kapal tangki tersebut membawa minyak petrol RON95 yang bernilai RM21 juta bersama 22 orang kru kapal yang dijadiakan tebusan. - Siakapkeli.my

Post a Comment