MIRI: Polis kini dalam usaha menjejaki seorang wanita warganegara Brunei disyaki dijangkiti dengan Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS) yang melarikan diri dari Hospital Miri pada Jumaat lepas.
Ketua Polis Miri ACP Gan Tian Kee berkata, wanita berusia 76 tahun dimasukkan ke hospital pada 09:05 6 Jun lalu kerana disyaki dijangkiti MERS-CoV, setelah dia pulang dari mengerjakan umrah di Mekah.
Katanya lagi, wanita tersebut mengerjakan umrah pada 10 Mei dan pulang pada 22 Mei lepas.
"Pesakit itu ditahan di Hospital Miri kerana masih menunggu keputusan ujian kahak dan sampel berkaitan daripada pesakit," katanya memetik laporan dari Bernama.
Gan juga berkata, pada hari yang sama, keluarga pesakit meminta kebenaran untuk membawa pesakit pulang tetapi doktor tidak membenarkan atas alasan risiko kesihatan.
Doktor di Hospital Miri memaklumkan bahawa Hospital Brunei enggan menerima pesakit dan membuatkan keluarga pesakit marah dan bertindak agresif.
Pesakit kemudiannya dilarikan dari Hospital Miri oleh keluarga tanpa kebenaran doktor kira-kira jam 7.12 malam pada hari yang sama.
"Setakat ini, kita masih lagi mencari pesakit itu," katanya sambil menambah orang ramai tidak perlu panik kerana pesakit hanya disyaki dijangkiti virus itu sahaja.", katanya lagi. -Siakapkeli.my
Post a Comment