PENJAWAT AWAM GRED41 DAN KEBAWAH BAKAL TERIMA KENAIKAN ELAUN TETAP PERUMAHAN

Putrajaya: Kakitangan kerajaan Gred41 dan kebawah akan menerima kenaikan elaun tetap perumahan sebanyak RM300 sebulan berbanding RM180 yang diterima ketika ini.

Perkara ini diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika berucap di Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Keempat Belas (MAPPA X1V) dan Persada Transformasi Perkhidmatan Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, pagi tadi

Kenaikan elaun tetap perumahan akan dinikmati oleh lebih dari 1.1 juta penjawat awam di seluruh negara berkuatkuasa 1 November ini.

Untuk kakitangan yang elaun perumahan mereka sedia ada telah dipotong kerana tinggal di kuarters kerajaan, mereka turut akan menerima 25 peratus elaun tersebut dari jumlah elaun sedia ada.

"Kadar baru itu membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM1.04 bilion," katanya. -Siakapkeli.my

Post a Comment