PERGHHHH!!!!!!!!420 BIJI BATU KARANG DALAM BUAH PINGGANG PUNCA DARIPADA TABIAT MAKAN TAUHU!!

BEIJING - Gemar memakan tauhu dan minum air yang sedikit setiap hari menyebabkan seorang lelaki terpaksa dibedah untuk membuang 420 butir batu karang dari badannya.

Lapor People's Daily, He, 55, menjalani pembedahan itu di hospital wilayah Zhejiang, setelah mengadu sakit di bahagian abdomennya.

Pemeriksaan awal mendapat buah pinggangnya dipenuhi dengan batu karang yang menyebabkan dia terpaksa dibedah dengan kadar segera kerana bimbang organnya itu terpaksa dibuang kerana kekurangan air.

Doktor pakar, Wei, berkata belum pernah lagi dia melihat jumlah batu karang yang banyak seperti itu.

“Saya tidak pernah melihat kejadian seperti ini. Pembedahan memakan masa dua jam dan 45 minit untuk mengeluarkan semua batu karang terbabit.

“Apabila pembedahan selesai, tangan dan kaki saya lenguh. Dulang yang digunakan juga dipenuhi dengan 420 butir batu kecil,” katanya.

Menurut doktor berkenaan, batu karang itu terkumpul kerana tabiat He yang gemar makanan berasaskan soya terutamanya tauhu. 

Produk berasaskan soya buatan penduduk di Dongyang mempunyai kandungan kalsium yang tinggi dan mudah menyebabkan batu karang. - AGENSI

Post a Comment