Pelakon yang membintangi dua filem terkenal, Hobbit dan Lord of The Ring meninggal dunia pada usia 93 tahun setelah dimasukkan ke hospital kerana masalah pernafasan dan kegagalan jantung.
Pelakon tersebut, Sir Christopher Lee, meninggal dunia pada hari Ahad lepas di Hospital Chelsea and Westminster di London, memetik laporan dari The Guardian Online.
Berita kematiannya disebarkan kepada umum hari ini setelah dibenarkan oleh isterinya yang ingin memberitahu ahli keluarga terdekat terlebih dahulu.
Selain dari berlakon, pelakon yang membawa watak Saruman, The White Wizard dalam trilogi The Lord of The Ring itu juga terkenal dengan beberapa album Heavy Metal termasuklah Charlemange: The Omens of Death. - Siakapkeli.my
Post a Comment