Kadar tol di 16 lebuhraya utama di seluruh negara dijangka mengalami kenaikan antara 20 sen hingga RM1 pada awal bulan Ogos ini jika mendapat kelulusan kabinet.
Kementerian Kerja Raya difahamkan akan membawa cadangan tersebut ke kabinet hari ini untuk mendapat kelulusan.
Menterinya, Datuk Seri Faddillah Yusof berkata, kerajaan masih belum membuat sebarang keputusan tentang kenaikan kadar tol ini.
"Kalau mengikut perjanjian konsesi harga tol sudah lama naik tetapi jika apa-apa keputusan dibuat nanti pihak kementerian akan memaklumkan perkara berkenaan." katanya.
Antara lebuhraya yang terlibat dalam kenaikan ini adalah:
1. Lebuhraya Besraya naik RM0.70 dari RM1.30 = RM2.00
2. Lebuhraya Pantai Baru (NPE) naik RM0.60 dari Rm1.60 = RM2.20
3. Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) naik RM0.50 dari Rm1.60 = RM2.10
4. Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) naik RM0.50 dari RM2.00 = RM2.50
5. Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR) naik RM0.50 dari RM2.00 = RM2.50
6.Lebuhraya Penyuraian Trafik Lingkaran Kajang (SILK) naik RM0.60 dari RM1.00 = RM1.60
7. Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX)
8.Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS)
9.Lebuhraya Cheras-Kajang(Grand Saga)
10.Lebuhraya Kulim-Butterworth
11.Lebuhraya Koridor Guthrie
12.Lebuhraya Pantai Timur 1(LPT1)
Empat lagi lebuhraya masih kami tidak dapat pastikan, bagaimanapun difahamkan Lebuhraya Utara-Selatan tidak terlibat dalam kenaikan harga baru ini. - Siakapkeli.my
Post a Comment