UJIAN: ISTERI EZAD EXIST HAMIL ANAK KEDUA DISAHKAN HIDAP KANSER

SUDAH jatuh ditimpa tangga.. itu perumpamaan sesuai untuk menggambarkan dugaan yang sedang melanda penyanyi Ezad Exist. 

Ketika isterinya, Nor Azeana Ramli sedang hamil anak kedua mereka, pasangan terbabit dikejutkan dengan berita bahawa wanita itu menghidap kanser GIST. 

Menurut Ezad, isterinya telah membuang ketumbuhan sebesar kepala bayi setelah mengadu sakit perut ketika melakukan Umrah Februari lalu. 

Memetik laporan Harian Metro, Ezad berkata, “Zeana mengadu sakit perut sewaktu mengerjakan umrah dengan saya Februari lalu. Dia kemudian menjalani pemeriksaan di Hospital Ampang dan disahkan ada ketumbuhan. 

“Seminggu kemudian dia menjalani pembedahan membuang ketumbuhan sebesar kepala bayi. 

“Ingatkan selepas itu keadaanya akan pulih, tapi sakit lagi. Apabila dirujuk semula kepada doktor, kami terkejut apabila diberitahu dia (isteri) mungkin menghidap kanser GIST. 

“Doktor mahu Zeana buat imbasan, tetapi akan ada kesan sampingan pada kandungan.” 
Tabah menghadapi dugaan tersebut, Ezad berkata, isterinya nekad untuk melahirkan anak kedua mereka dan mengharapkan agar ketumbuhan tersebut hilang selepas itu. 

GIST atau Stroma Gastrousus merupakan ketumbuhan yang biasa tumbuh di saluran usus, lantas menjejaskan saluran penghadaman dan kawasan berhampiran abdomen. 

Apa-apapun, buat Ezad dan isterinya, semoga anda berdua kuat dalam menempuhi cabaran dan segera pulih daripada penyakit tersebut, insya-Allah. – MYNEWSHUB

Post a Comment