SIFAT perikemanusiaan seorang pegawai pemuliharaan haiwan liar dari Kanada ini telah mendapat perhatian ramai orang.
Bryce Casavant dari British Columbia mendapat perhatian umum kerana dia enggan membunuh dua ekor anak beruang yang kematian ibu kerana ditembak.
Ibu kepada dua ekor beruang itu mati ditembak kerana dipercayai cuba ‘menyerbu’ peti sejuk yang dipenuhi dengan ikan salmon di situ.
Bryce diarahkan untuk membunuh kedua-dua ekor anak beruang yang hilang arah tujuan itu namun menolak arahan tersebut dan membawa anak beruang berkenaan ke hospital veterinar untuk diselamatkan.
Lelaki yang berhati mulia itu digantung kerja tanpa menerima bayaran akibat tidak menurut perintah.
Walaubagaimanapun, selepas berita ini tersebar, sebuah petisyen bagi mengembalikan pekerjaan Bryce telah dilaksanakan kerana rata-rata orang ramai menganggap tindakan lelaki itu sangat murni.
Kedua-dua ekor anak beruang itu kini berada dalam keadaan sihat dan stabil selepas diselamatkan oleh Bryce.– Agensi/MYNEWSHUB.CC
Post a Comment