GADIS BAWAH UMUR DIR0-G0L SEKALI LAGI SELEPAS DIJADIKAN UMPAN UNTUK TANGKAP PER0-G0L

INDIA – Malang berganda. Itu yang menimpa seorang remaja berusia 17 tahun apabila dia dir0-g0I oleh dua lelaki yang sama, untuk kali kedua selepas polis menjadikan remaja itu sebagai umpan untuk menangkap penjenayah terbabit.
Dia dirogol kali kedua setelah anggota polis yang bertugas untuk menangkap penjenayah berkenaan gagal mengekori gadis berkenaan.

Menurut laporan media, gadis tersebut pertama kali dir0-g0I pada 7 Julai lalu oleh dua lelaki berusia dalam lingkungan 20-an ketika dia sedang berjalan dengan teman lelakinya.

Selepas mer0-g0Inya di dalam hutan, penjenayah terbabit turut merakamkan aksi tersebut dan kemudian menggunakannya untuk mengugut gadis itu serta keluarganya.

Mereka kemudiannya membuat laporan polis dan polis telah meminta gadis itu untuk mengatur pertemuan dengan penjenayah terbabit.

Namun ketika gadis itu bertemu dengan per0-g0I tersebut, polis tidak berada di situ menyebabkan dia sekali lagi diratah dua lelaki itu.

Per0-g0I itu bagaimanapun berjaya ditahan di stesen keretapi beberapa jam kemudian manakala anggota polis terbabit telah digantung tugas.

Meskipun polis tersebut memberi alasan gadis itu tidak memberitahu mereka mengenai pertemuan terbabit, namun tindakan mereka menjadikan gadis bawah umur sebagai umpan untuk menangkap penjenayah adalah salah. – MYNEWSHUB.CC

Post a Comment