ROZANA NAFI BELI BARANG BERJENAMA GUNA DUIT AWIE'??

KUALA LUMPUR - Laporan awal dari beberapa portal berita tempatan, isteri vokalis Wings dilaporkan mengaku membeli barang mewah menggunakan wang simpanan Awie.

Memberitahu kepada Mahkamah Majistret Ampang, Rozana Misbun mengakui dia telah menggunakan wang simpanan Awie untuk membeli barang mewah termasuk beg, kasut dan juga barang kemas.

Bagaimanapun, Rozana bersetuju membayar semula wang yang telah digunakan itu kepada Awie dalam tempoh dua minggu, setelah dia menjual semula kesemua barangan berkenaan.

"Saya bersetuju untuk membayar semula wang Awie setelah kejadian pukul itu,"Tetapi malangnya, Rozana mengakui gagal berbuat demikian.

Lapor mStar Online pula sebaliknya, Rozana menafikan dakwaan berkenaan ketika ditanya oleh peguam.

Menurut Rozana, beberapa koleksi barangan berjenama miliknya itu dibeli sama ada sebelum kahwin atau dihadiahkan oleh Awie sendiri. 

"Tidak setuju guna wang miliknya yang disimpan dalam akaun Bank Alliance di atas nama saya untuk membeli barangan berjenama.

"Dia pernah menghadiahkan saya sebuah beg tangan jenama Chanel sempena ulang tahun perkahwinan dan dua buah beg Louis Vuitton yang saya beli sebelum kahwin dengannya," katanya yang menjawab soalan balas dari penguam bela Awie, berhubung kehilangan wang berjumlah RM250,000 milik teraju utama Wings itu. 

Dalam prosiding berkenaan, Rozana kelihatan ragu-ragu dengan jawapan yang diberikan selain dari kerap meminta peguam mengulangi soalan yang diajukan.

Awie yang melihat situasi itu hanya tersenyum sinis sambil mengeleng-geleng kepala ketika mendengar Rozana menjawab soalan berhubung dengan barang mewah tersebut.

Perbicaraan bersambung pada Isnin depan. Sumber- THEHYPEMEDIA.COM

Post a Comment