SECRET RECIPE KEMBALI DAPAT PENGIKTIRAFAN STATUS HALAL

PUTRAJAYA - Secret Recipe Manufacturing Sdn Bhd telah mendapat pengiktirafan halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) setelah hampir dua bulan semenjak ditarik balik.

Menurut kenyataan pengendali rangkaian francais restoran berkenaan, pengesahan itu berjaya dipohon semula selepas pihaknya membuat pengubahsuaian dan pembangunan komprehensif kilang induknya yang bertempat di Taman Mayang dan kulang baru di Kota Damansara.

Selain itu, pihak Secret Recipe juga telah menubuhkan Unit Kawalan Kualiti, Kebersihan dan Pematuhan Halal bagi menjamin bahan, penyediaan serta pemprosesan mematuhi piawaian keselamatan makanan dan Piawaian Pensijilan.

"Ini bagi memastikan Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP) dipatuhi. 

"Kami mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan setia kami, rakan kongsi serta pembekal di atas kepercayaan dan sokongan yang berterusan terhadap jenama kami," kata kenyataan itu.

Pada 7 Mei yang lalui, JAKIM telah menarik balik sijil pengesahan halal Secret Recipe kerana didapati melanggar prosedur pensijilan yang melibatkan kesalahan kebersihan dan GMP yang amat serius. - THEHYPEMEDIA.COM

Post a Comment