KUALA LUMPUR: Pihak Mahkamah Majistret Kuala Lumpur telah mendenda tiga jurujual telefon bimbit masing-masing didenda RM1,800 selepas didapati bersalah kerena mencederakan seorang penganggut dalam satu insiden di Plaza Low Yat, bulan lalu.
Memetik laporan Harian Metro, Majistret Muhamad Faizal Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap Low Leong Seng, 29; Eric Chan Weng, 23, dan Soo Weng Hing, 26.
Jika gagal membayar wang denda berkenaan mereka kemungkinan akan berdepan dengan hukuman penjara selama dua bulan.
Berdasarkan fakta kes, mereka telah didakwa kerana dengan sengaja telah mendatankan kecederaan kepada hahrul Anuar Abdul Aziz, 22, di Tingkat G, Plaza Low Yat, dekat sini pada 4.57 petang, 11 Julai lalu.
Ketiga-tiga mereka telah didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. - SUMBER
Post a Comment