BAYI 10 HARI MENINGGAL DUNIA DIGIGIT TIKUS DI JARI & BIJI MATA

INDIA - Seorang bayi yang baru berusia 10 hari, maut selepas digigit oleh seekor tikus, semalam. 

Lapor Daily Mail, kejadian itu berlaku di Hospital Kerajaan Guntur di mana mangsa digigit oleh seekor tikus di bahagian jari dan memakan biji matanya. 

Difahamkan, bayi berkenaan ditempatkan di hospital tersebut kerana mengalami masalah saluran kencing. 

Ekoran dari kejadian itu, tiga kakitangan hospital berkenaan telah digantung kerja. 

Kejadian malang yang menimpa mangsa itu hanya disedari oleh ibunya, Chavali Lakshmi selepas mendapati jari bayinya mempunyai kesan kecederaan seperti digigit selain ndari mata kiri bayi berkenaan juga rosak akibat digigit. - SUMBER

Post a Comment