BUDAK 13 TAHUN SELAMATKAN AYAH SELEPAS DIHEMPAP BATU SEBESAR PETI SEJUK

Seorang budak lelaki berumur 13 tahun membantu ayahnya untuk terus hidup di sebuah kawasan terpencil di Idaho selepas batu bersaiz peti sejuk menghempap ayahnya di ketinggian 30 kaki semasa pasangan anak-beranak itu sedang mendaki gunung. 

Charlie Wildtead Finlayson dan ayahnya David Finlayson, 52 sedang dalam perjalanan ‘backpacking’ selama dua minggu di Frank Church – River of No Return Wilderness di Cascade apabila ayahnya cedera. Kedua –dua mereka melakukan ‘rock climbing’ yang sebenar kemudian tiba-tiba sebuah batu besar terjatuh dari atas dan menghempap Finlayson. 

Beliau pengsan, patah belakang, lengan kiri dan tumit kiri yang mengakibatkan kaki kirinya luka parah sehingga tulangnya terkeluar. Disebabkan renjer hutan yang paling dekat berada 13 batu dari tempat kejadian, Charlie bertindak sendiri untuk menyelamatkan ayahnya. 

“Dia lakukan yang terbaik. Dia sudah dilatih dan telah mendaki dan backpacking dengan saya selama bertahun-tahun.” Kata Finlayson yang juga seorang peguam pertahanan jenayah di Utah. “Selama dua hari, Charlie menjaga saya dengan tenang dan kekal hidrat kerana perlu membersihkan luka dan pakaian saya.”

Charlie berkata yang ayahnya mengalami hypothermic pada malam pertama kerana kehilangan banyak darah. Mereka berdua berjalan dengan perlahan untuk pergi ke campsite bagi mendapatkan bantuan. “Inilah sakit yang paling teruk pernah dia rasai dalam hidupnya” kata Charlie.

Post a Comment