CERITA SEBENAR PENIAGA INDIA "DIZALIMI" PENGUATKUASA DBI

Sebelum ini tersebar dilaman sosial gambar seorang mak cik berbangsa India yang kononnya telah dianiaya oleh pihak penguatkuasa Majlis Bandaraya Ipoh(MBI) yang telah menghalau dan menjatuhkan barang peniagaan beliau kerana berniaga tanpa lesen.
Kelihatan tiga orang pengutkuasa sedang berdiri dihadap mak cik berkenaan yang sedang meratap barangnya yang telah 'dijatuhkan' oleh pihak MBI di hadapan Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh.

Rata-rata netizens melahirkan rasa marah terhadap tindakan penguatkuasa MBI tersebut kerana ia dianggap tindakan kurang bertanggungjawab,

Tetapi setelah gambar tersebut dimuatnaik ke laman sosial, maka segala jawapan sebenar kejadian akhirnya terjawab apabila hadir beberapa individu yang menjadi saksi di tempat kejadian yang mengatakan fakta gambar telah diputar belit.

Menurut saksi yang tampil, kejadian itu sebenanrnya berlaku apabila pihak berkuasa menerima laporan tentang ada perniaga tidak berlesen yang berniaga di hadapan hospital di mana ia mengganggu laluan keluar dan masuk Ambulan ke hospital berkenaan.

Menurut saksi, makanan yang bersepah tersebut bukanlah dilakukan oleh pihak MBI tetapi dilakukan sendiri oleh mak cik berkenaan kerana memprotes tindakan MBI berkenaan.

Jadi kita tidak haruslah mudah membuat kesimpulan hanya berdasarkan gambar, lebih-lebih lagi gambar yang dimuatnaik berkenaan tidak menunjukkan lansung pun pihak MBI memegang atau menyentuh barangan atau mak cik berkenaan. - SUMBER

Post a Comment