KUCING DIAKUI SEBAGAI PELAJAR KERANA SERING DISEKOLAH

SERING berlegar dan kadang kala turut sama mengikuti pembelajaran di Sekolah Tinggi Leland, San Jose, California, Amerika Syarikat, akhirnya seekor kucing telah diberi pengiktirafan sebagai pelajar di sekolah tersebut, baru-baru ini.

Kucing bernama Bubba itu telah diberi kad pelajar oleh pihak pengurusan sekolah disebabkan ‘usahanya’ yang tidak mengenal erti jemu dalam mencari ilmu pengetahuan.



Pemilik Bubba, Amber Marienthal, yang mengambil kucing jantan itu dari pusat jagaan binatang terbiar pada 2009, tinggal berdekatan dengan sekolah tersebut.

Amber tidak pernah mengurung Bubba sebaliknya memberi kebebasan kepada binatang peliharaannya itu untuk ‘meneroka’ dunia.
Sehubungan pemberian kad pelajar itu, Amber berharap Bubba dapat ‘menamatkan’ pengajiannya pada 2017 bersama-sama rakan pelajar lain yang sering melayani kerenah dan telatah Bubba. – MYNEWSHUB.CC

Post a Comment