LAGI PEKERJA LOJI JUMPA JANIN 5 BULAN

GEORGE TOWN: Seorang pekerja pembersih loji terkejut apabila menjumpai janin lelaki yang dipercayai berusia lima bulan dan masih bertali pusat di sebuah loji kumbahan di Taman Desa Wangsa, Taman Permatang Damar Laut, semalam.

"Semasa pekerja lelaki berkenaan sedang membersihkan loji kumbahan berkenaan dia ternampak satu objek yang menyerupai bentuk bayi sebelum menarik dan mengangkatnya untuk melihat lebih dekat.

"Sebaik berjaya mengangkat objek berkenaan, pekerja itu mendapati ia adalah janin yang masih bertali pusat dan terus menghubungi polis bagi memaklumkan penemuan terbabit," kata Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Lai Fah Hin.

Memetik mStar, janin berkenaan yang sudah cukup sifat itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat dan akan mengesan pihak yang terlibat membuang janin berkenaan. -Siakapkeli.my

Post a Comment