"LAGI PUN ORANG TAK MALU SOKONG PAS SEKARANG BRO ! - GILIRAN AFDLIN SHAUKI SELAR

Nampaknya bukan sahaja penyanyi Faizal Tahir berang dengan lawak Liverpool-PAS yang dilakukan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Pelawak dan pelakon, Afdlin Shauki juga kurang senang dengan tindakan menteri itu mengaitkan sukan bola sepak dengan hal politik negara.
"Saja nak bagi tahu KJ yang walaupun berseloroh, tak perlulah membabitkan politik dalam 'passion' rakyat.

"Dahlah semua benda sekarang berbaur politik yang sangat merunsingkan rakyat, rasanya ada khutbah Jumaat pun macam berbaur politik sekarang.

"Ni bola pun nak kasi panas!," kata Afdlin di laman Facebooknya.

Sebelum ini Khairy sebagai berkata menyokong pasukan bola sepak Liverpool adalah seperti menyokong PAS, kerana kedua-duanya tidak akan memenangi perlawanan.

Bukan itu sahaja, Afdlin seterusnya berkata tiada keperluan mengaitkan hal sukan dengan politik, apatah lagi dengan PAS kerana ramai yang menyokong parti Islam itu.

"Tak payahlah bro...kita memang suka menganjing antara kita, 'its part of the game' bila kita sokong 'team bola' tapi setelah semua benda dalam 'timeline' aku cerita politik yang merimaskan jangan bola aku pun kau nak politikkan.

"Lagipun rasanya orang tak malu sokong PAS sekarang bro.

"Biar kalah dihormati, jangan menang tapi dibenci," kata Afdlin. SUMBER

Post a Comment