KUALA LUMPUR: Seorang pekerja penyelenggara lif maut kerana tersepit lif semasa sedang melakukan rutin naik taraf di sebuah tapak pembinaan di Jalan Ampang, pagi semalam.
Mangsa, Brandon Walsh Daken dipercayai sedang meletak minyak pelincir di lif tersebut.
Namun secara tiba-tiba sebuah lagi lif bergerak menurun ke arahnya dan menghimpit mangsa, demikian memetik laporan Harian Metro.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata Brandon meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian.
"Setiap blok bangunan itu ada dua lif dan sepatutnya apabila satu lif diselenggara, sebuah lagi lif perlu dimatikan operasinya dan kami (bomba) mendapati semasa kejadian, satu lagi lif tidak ditutup," katanya. -
Post a Comment