'Nak Salahkan Siapa Agaknya?', demikian soalan yang ditanya oleh Nur Fitri Damia akan insiden yang menimpa seorang kanak-kanak lelaki.
"Benda-benda tajam macam ini kalau boleh jangan beri anak-anak main. Kalau bagi semasa makan, kita awasi dia sampai habis makan. Kemudian simpan balik. Ini tidak, ada yang membiarkan anak-anak bawa main sambil berlari-lari," katanya.
Difahamkan, mangsa terjatuh dan tertusuk garpu di mulutnya sehingga menembusi kerongkongnya. Namun ada pula yang melaporkan mangsa tertusuk garpu ketika sedang makan mee goreng.
Ibu bapa dinasihatkan tidak memberikan sebarang sudu dan garpu terutamanya yang diperbuat daripada besi kerana ia boleh mendatangkan bahawa jika tidak diawasi.
Biarlah anak-anak menangis daripada kita tidak lagi mendengar tangisan mereka. SUMBER
Post a Comment