PETI SEJUK MELETUP, PRAMUGARI CEDERA PARAH

JAKARTA - Seorang pramugari Garuda Indonesia, cedera parah di bahagian muka akibat terkena serpihan letupan peti sejuk di dalam pesawat yang meletup secara tiba-tiba, Sabtu lalu.

Menurut jurucakap syarikat penerbangan terbabit, ketika kejadian itu berlaku, pesawat GA 717 itu dalam penerbangan dari Melbourne ke Jakarta.

"Berlaku satu letupan kecil di ruangan dapur yang terletak di tengah pesawat. Namun kejadian itu tidak menjejaskan penerbangan yang selamat mendarat mengikut jadual penerbangan di Jakarta," katanya.

Punca letupan itu masih belum dikenal pasti dan tiada penumpang yang cedera dari kejadian itu.

Bagaimanapun, seorang pramugari, Ayu Marta, cedera di bahgian muka akibat terkena serpihan letupan, yang kin sedang dirawat di unit rawatan rapi setelah menjalani pembedahan.

Lapor agensi berita antarabangsa, sejumlah penumpang mendengar bunyi letupan itu.

"Bunyinya agak kuat. Beberapa makanan dan minuman juga turut bertaburan," - THEHYPEMEDIA.COM

Post a Comment