PUNCA MENGAPA JIMMY "DESIGN" JENAMA SELIPAR "CURIDOSE"...KERANA....A

Pengalaman kasutnya dicuri ketika menunaikan solat di sebuah masjid, membuatkan pengacara dan penyampai radio Ultra FM, Jimmy Shanley mengeluarkan jenama seliparnya sendiri yang diberikan nama CuriDose.

Difahamkan, kasutnya berjenama Louis Vuitton yang berharga lebih kurang RM2,000 itu hilang ketika Jimmy sedang menunaikan solat di sebuah masjid di USJ 9, Subang Jaya beberapa tahun yang lalu.

"Saya berhenti di masjid sebentar untuk menunaikan solat kerana sudah masuk waktu. Selepas selesai solat, kasut bersama stokin saya tiada di tempatnya. Kedua-duanya lesap. Mungkin ada orang yang terambil kasut itu dan saya rasa bukan rezeki saya. 

"Nama CuriDose itu sendiri menjadi peringatan kepada sesiapa yang selalu 'terambil' selipar yang bukan kepunyaan mereka. Alhamdulillah, sambutan yang diterima amat positif dan selain selipar, saya juga akan mengeluarkan baju, sweater dan tabung dari jenama yang sama," katanya.SUMBER

Post a Comment