"REZEKI DARI LANGIT",WANG NOT 50 BERTABURAN ATAS JALAN

SINGAPURA – Para penunggang motosikal yang melalui Bukit Timah Expressway (BKE) tergamam sebelum ramai yang berhenti untuk mengutip wang kertas RM50 yang bertaburan di atas jalan raya, pada Isnin.

Laporan The Straits Times menyebut, insiden ini berlaku sekitar jam 6.20 petang semalam di kawasan Seletar Expressway (SLE) menuju ke BKE.

Dalam video yang dimuatnaik di Youtube oleh Singapore Reckless Drivers Community hari ini, not kertas RM50 kelihatan melayang dan bertaburan di atas jalan raya.

Rakaman video tersebut turut memperlihatkan beberapa pengguna jalan raya memberhentikan kenderaan di bahu jalan bagi mengutip ‘rezeki terpijak’ itu.SUMBER

Post a Comment