RINGGIT TERUS JATUH,CATAT PALING RENDAH SEJAK 1998

Hari ini matawang ringgit terus jaruh keparas terendah sejak tahun 1998 di mana menyaksikan penurunan yang pasti membuatkan tidak senang duduk di mana ia telah turun selama lapan minggu berturut-turut.

Berdasarkan rujukkan kami jam 11.28 pagi sebentar tadi di laman web XE Currency Converter nilai ringgit terus jatuh ke paras Rm4.1 untuk US$1. Berdasarkan laporan Astro Awani pada jam 9:56 pagi tadi nilai ringgit adalah RM4.067 bersamaan US$1.
XE Currency Converter merupakan sebuah web yang tukaran matawang yang setiap saat mengemaskini kadar tukaran matawang dunia.

Berdasarkan rujukan kami di Web Bank Negara Malaysia, nilai paling rendah matawang ringgit adalah pada 1 Julai 1998 dan semakin pulih selepas itu. Pada nilai RM3.88 matawang ringgit telah ditambat kepada dolar US.
Penurutnan ke paras terendah sejak tahun 1998 ini dikatakan kerana faktor harga minyak dan situasi politik semasa yang mempengaruhi pengaliran keluar modal dari pasaran.

Sementara di New York harga minyak jatuh 0.4 peratus pada penutup dagangan, menghampiri paras terendah sejak 2009.

Ekoran kejatuhan nilai ringgit ini dilaporkan dana asing telah menarik balik modal sehingga US$3 bilion tahun ini dipercayai kerana perkembangan semasa di negara ini.
Sebagai sebuah pengeksport, Malaysia dikatakan menerima kesan dari harga komoditi yang rendah dan penilaian semula matawang Yuan oleh China minggu ini.

Bank Negara dalam pengumuman pada Khamis berkata Keluaran Dalam Negara Kasar, KDNK, mencatatkan pertumbuhan 4.9 peratus pada suku kedua tahun ini selepas mencatatkan pertumbuhan 5.6 peratus pada suku sebelumnya. - Siakapkeli.my

2 comments

Your article is very helpful. you can visit my website.
xecurrency

Reply

You will like it to enjoy our new app Brawl Stars Mod Apk : which you could download and enjoy loose.

Reply

Post a Comment