SHARNAAZ AHMAD PILIH KAKAK NEELOFA(GAMBAR)

Selepas putus cinta dengan gadis bertudung Anis Al-Idrus, nampaknya Sharnaaz Ahmad sudah temui pengganti kekosongan hati.

Kelmarin merupakan ulang tahun kelahiran Sharnaaz yang ke 30 tahun. Beliau memuat naik gambar selfie berdua bersama kakak kepada pengacara Meletop, Neelofa iaitu Noornabila di Instagram dengan kapsyen “My birthday gift.. Priceless” 
Sedang hangat bercinta kan, si buah hati pelakon drama Suamiku Encik Sotong ini juga memuat naik gambar yang lebih kurang sama di Instagram miliknya dengan kapsyen panjang yang menunjukkan betapa dia sangat gembira dan bersyukur dengan kehadiran Sharnaaz dalam hidupnya. 
Nampaknya, hubungan mereka seperti direstui oleh keluarga Noornabila apabila Neelofa juga memuat naik gambar Sharnaaz dan adik-adiknya di Instagram malam tadi untuk makan malam sempena ulang tahun Sharnaaz yang di masak istimewa oleh Noornabila di rumah teman wanitanya itu. 

Semoga hubungan kali ini berpanjangan hingga ke jinjang pelamin. Amin. SUMBER

Post a Comment