Dengan peredaran zaman yang semakin canggih dan hebat, nampaknya anak-anak muda kita semakin mudah terdedah dengan pelbagai pengaruh tidak baik sama ada di rumah atau pun diluar rumah.
Terbaru, belum reda isu vapor atau rokok elektronik perisa ganja kini timbul pula masalah baru dikalangan ramaja muda kita malahan yang lebih mengejutkan penemuan ini terjadi di sekolah rendah.
'Shisha stick' atau 'Hookah Pen', sejenis rokok yang hampir menyerupai rokok elektronik kini dikatakan bebas dibawa oleh anak-anak bawah umur ke sekolah kerana bentukknya seperti alat tulis di mana mereka hanya perlu menyimpannya di dalam bekas alat tulis.
Beberapa keping gambar telah dimuatnaik di laman sosial yang menunjukkan guru di sebuah sekolah rendah kawasan lembah Klang telah berjaya merampas barang-barang terlarang ini yang dibawa dan digunakan disekolah.
Berdasarkan tulisan-tulisan di laman sosial, 'shisha stick' ini berbentuk stick (seperti rokok) di percayai mengandungi kandungan ganja yang menyebabkan murid ketagih apabila dihisap hujungnya menyala dan mengeluarkan asap seolah-olah rokok sebenar,. Bagaimanapun kami tidak dapat pastikan mengenai kandungan ganja yang tersebar di laman sosial berkenaan.
Bagaimanapun ia tidak mustahil kerana kes terbaru melibatkan air perisa ganja yang menjadi kes besar baru-baru ini yang dijual kepada pengguna vapor.
Barang rampasan di sebuah sekolah rendah di Lembah Klang
Difahamkan harga untuk mendapatkan rokok ini adalah hanya sekitar RM15 hingga RM20 dengan pelbagai perisa memudahkan lagi ia dibeli pelajar sekolah di mana ia mudah didapati di kedai-kedai sebaneka dan gerai-gerai dari Timur Tengah.
Rokok ini sebenarnya ialah seperti rokok elektrik yang lain cuma ia kurang mendapat sambutan dikalangan kaki vapor kerana ruang untuk meletak cecair perisa teralu kecil dan ia tidak memberi kepuasan kepada kaki vapor.
Namun apa yang merisaukan sekarang ia mudah dibeli oleh murid-murid sekolah bawah umur kerana murah dan mudah didapati sedangkan kita ketahui mengikut undang-undang mereka yang berumur 18 tahun ke bawah adalah dilarang untuk mengguna atau menghisap rokok berkenaan.
Memetik laporan Mstar Online pula, polis mengesahkan bahawa tabiat menghisap shisha atau menggunakan 'Shisha Stick' tidak menyalahi undang-undang.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman,Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, penggunaan batang shisha atau lebih dikenali sebagai 'hookah pen' adalah dalam kategori yang sama bagi rokok elektronik (e-rokok).
Walaupun masih tiada undang-undang berkaitan larangan penggunaan 'Shisha stick' atau 'Hookah Pen' ini, sebenanrnya perkara ini perlu dibendung, bak kata pepatah "Melentur buluh biar dari rebungnya." jadi ibu bapa awasilah anak-anak kecil anda. -
Post a Comment