TAHNIAH:SHEERA ISKANDAR SELAMAT DIIJABKABULKAN DENGAN PASANGAN

PELAKON Sheera Iskandar dilaporkan telah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Doul Harun, malam semalam.

Sheera yang merupakan anak kepada dramatis Aznah Hamid sebelum ini menyatakan kepada pihak media, dia tidak pernah bercinta dengan suaminya memandangkan kali terakhir mereka berjumpa adalah pada empat tahun lalu.

“Semuanya berlaku dengan pantas, dia datang merisik, ibu saya suka dan terima. Saya pula tidak menolaknya kerana saya pernah berdoa kepada Allah supaya temukan saya jodoh dengan segera supaya saya tidak perlu berkawan lama atau menjalinkan hubungan cinta dengan dia,” katanya memetik Rotikaya.

Tahniah diucapkan buat Sheera dan Doul! Semoga bahtera perkahwinan yang dibina akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Jom layan gambar-gambar menarik sepanjang majlis pernikahan pelakon yang manis berhijab ini! SUMBER– MYNEWSHUB.CC




Post a Comment