100 PATI DIKHUATIRI LEMAS SELEPAS BOT DINAIKI KARAM

SABAK BERNAM: 100 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dikhuatiri lemas selepas bot yang dinaiki mereka telah karam di perairan Sabak Bernam kira-kira jam 10:30 pagi tadi.

Kemalangan dikatakan disedari oleh nelayan yang melalui kawasan bot karam tersebut.

Menurut sumber dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), mereka sudah menggerakkan aset untuk menyelamat mangsa-mangsa bot karam berkenaan di mana selepas mendapat maklumat mengenai kejadian berkenaan sebuah kapal ronda APMM Daerah Maritim Klang terus digerakkan dan akan disusuli kapal lain.

Bagaimanapun, pihak berkuasa maritim itu masih belum dapat memastikan kewarganegaraan PATI berkenaan dan jumlah penumpang yang maut atau yang terselamat.

APMM dikatakan akan mengadakan satu sidang media jam 3 petang ini membabitkan insiden berkenaan. - Sumber

Post a Comment