BAYI 11 BULAN HAMPIR MAUT DIREMPUH VAN

CHINA - Seorang bayi lelaki berusia 11 bulan terperangkap di bawah sebuah van sebelum diselamatkan oleh penduduk kampung di Quanzhou, Wilayah Fujian.
Video berdurasi 34 saat itu menunjukkan seorang bayi lelaki dirempuh oleh sebuah van dan terperangkap di bawahnya.

Mangsa dan bayinya sebelum itu dilihat berjalan di tepi jalan dan tunduk seketika menyebabkan pemandu van yang tidak perasan kehadiran mereka lalu merempuh mangsa yang berada di sebelah kanan. 

Pemandu van berkenaan segera memberhentikan kenderaan dan cuba mengangkat van untuk mengeluarkan mangsa, namun gagal berbuat demikian.

Penunggang motosikal dan beberapa penduduk yang menyaksikan kejadian itu segera membantu mangsa dan mengangkat van berkenaan beramai-ramai. 

Dengan kekuatan 5 orang lelaki, akhirnya van itu berjaya diangkat dan dialihkan bagi mengeluarkan mangsa yang terperangkap.

Mangsa dilaporkan selamat dan hanya mengalami sedikit calar di badannya dan gegaran kecil di kepala. - THEHYPEMEDIA.COM

Post a Comment