BUDAK UMUR 2 TAHUN MAUT KEPALA TERTUSUK BESI PEMIJAK MOTOR

GEMAS: Ajal tidak berbau. Itulah pepatah sesuai untuk menggambarkan kejadian yang tidak diduga sekeluarga di sini apabila seorang anak mereka meninggal dunia selepas kepalanya tertusuk besi tempat pemijak motosikal.

Mangsa, Muhammad Aidil Aqasha Azhar yang berusia dua tahun dikatakan sedang bermain bersama abangnya yang berusia empat tahun di perkarangan rumah mereka.

Bagaimanapun tanpa sedar motosikal berkenaan menghempap mangsa.

“Mangsa mengalami pendarahan yang banyak dan disahkan meninggal dunia setelah dibawa ke Klinik Kesihatan Gemas,” kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gemas, Syed Ammar Syed Abas. -Siakapkeli.my

Post a Comment