CHE TA KECEWA JADI MANGSA EKSPLOITASI PRODUK KECANTIKAN

Pelakon dan pengacara jelita, Rozita Che Wan

KES menggunakan gambar wajah artis tempatan bagi melariskan produk kecantikan tanpa kebenaran boleh dikatakan sudah acap kali berlaku.

Terbaharu menimpa pelakon dan pengacara jelita Rozita Che Wan apabila pihak tidak bertanggungjawab menggunakan gambar wajahnya yang disunting memegang sebotol produk kecantikan seolah-olah mempromosikan jenama berkenaan.

Benggang dengan hal tersebut, Rozita atau mesra disapa Che Ta menyifatkan itu adalah taktik kotor pengeluar produk bagi mempengaruhi orang ramai.

“Apa yang mereka (penulis blog) tulis adalah fitnah!

“Saya masih lagi duta kepada produk Rysya dan makanan tambahan Longevite. Berani betul blog itu membuat tanda pangkah pada gambar produk yang saya gunakan.

“Ini bukan kali pertama. Dah banyak kali saya berdepan dengan situasi seperti ini. Saya pelik apabila nama saya selalu digunakan untuk melariskan produk,” katanya kepada mStar Online.

Artikel itu kononnya mendakwa isteri kepada Zain Saidin ini telah menggunakan produk baharu sambil disertakan gambar wajahnya memegang produk berkenaan.

Pelakon yang yang popular menerusi drama Kiah Pekasam ini mendedahkan dia akan mengambil tindakan tegas terhadap individu terbabit menerusi pengasas produk yang diwakilinya. – KREDIT

Post a Comment