IBU BUNUH DIRI KERANA ANAK PAKSA BELI MOTOSIKAL

Tertekan kerana tidak dapat membelikan sebuah motosikal untuk anaknya, seorang ibu mengambil keputusan menamatkan riwayat hidupnya dengan cara terjun ke dalam sungai.
Mayat mangsa yang dikenali sebagai Sarjimah itu ditemui terapung oleh orang ramai di Sungai Progo, di daerah Bandul, Indonesia.

Sarjimah dikatakan tertekan selepas sering dideSak oleh anaknya untuk membeli motosikal, dan sebelum kejadian dia didakwa berjumpa dengan ketua kampung untuk meminjam wang bagi tujuan berkenaan.

"Sarjimah memberitahu ketua kampung bahawa dia amat tertekan kerana sering didesak oleh anaknya untuk segera membeli motosikal.

“Bagaimanapun, Sarjimah pulang hampa kerana ketua kampung itu kebetulan memang tidak mempunyai wang yang cukup,” katanya.

Jiran wanita berkenaan turut memberitahu wnaita berkenaan pulang dengan menangis kerana putus asa. -Siakapkeli.my

Post a Comment