ISTERI BUNUH SUAMI,KERANA CURANG SEBELUM BUNUH DIRI!!!

SEORANG wanita berusia 49 tahun di Taiwan ini bertindak menikam suaminya sehingga mati kerana curang sebelum membunuh dirinya sendiri.
Pihak polis mula mengambil tindakan selepas menerima laporan daripada beberapa orang jiran yang mendakwa pasangan itu dilihat sudah tidak melakukan aktiviti rutin sejak beberapa hari.

Mayat lelaki yang berusia 56 tahun itu ditemui dengan kesan tikaman beberapa kali di badannya selepas pihak polis memecah masuk rumah mereka.
Pisau dan gunting yang ditemui berlumuran darah di tempat kejadian.

Tubuh badan isterinya yang dipercayai telah membunuh diri pula dijumpai dalam bilik air dan dipercayai mati kerana keracunan daripada karbon monoksida.

Insiden tersebut berlaku selepas wanita yang dirahsiakan identitinya itu mendapati suaminya telah mengandungkan perempuan lain dan curang kepadanya.

Info tersebut diperolehi daripada surat yang ditinggalkan oleh wanita terbabit sebelum dia meracuni diri sendiri sehingga mati.

Menerusi nota yang sama, wanita itu menyatakan dia tidak mahu hidup dalam kehidupan skandal suaminya dan membunuh diri kerana tidak mampu hidup tanpa suaminya. – MYNEWSHUB.CC

Post a Comment