KERETA RENTUNG MIRIP MILIK ANTHONY KEVIN MORAIS,TIMB.KETUA BAHAGIAN BICARA DAN RAYUAN JAB.PEGUAM NEGARA YANG HILANG

SHAH ALAM - Penyiasatan terhadap sebuah kereta Proton Perdana yang ditemui rentung di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sungai Samak, Hilir Perak menjadi sukar berikutan nombor casis dan enjinnya yang telah dipadam.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad, setakat ini tiada perkembangan positif berhubung penemuan kereta terbabit.

“Kereta yang dijumpai di Hutan Melintang itu tidak ada nombor casis dan nombor enjin untuk dikenal pasti.

“Dua nombor berkenaan telah dikikis,” katanya.

Penemuan kereta terbabit dikaitkan dengan laporan kehilangan Timbalan ketua Bahagian Bicara dan Rayuan Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lepas.

Laporan polis telah dibuat oleh abang Kevin, Datuk Richard Morais pada jam 7 malam di Balai Polis Jingjang. - Siakapkeli.my

Post a Comment