KISAH SEBENAR VIDEO LELAKI YANG CIUM KANAK-KANAK YANG VIRAL!!

KUALA LUMPUR - Susulan tersebar video seorang lelaki warga asing melakukan serangan se-ksual terhadap seorang kanak-kanak lelaki di pusat beli-belah, ramai yang bertanya lokasi dan laporan tepat mengenai kejadian tersebut.

Hasil pencarian mendapati, insiden yang menjijikkan itu berlaku di Riyadh, Al Qasr Mall. 

Lapor Arab News, suspek seorang pekerja asing yang berasal dari Bangladesh. Mangsa pula adalah anak saudaranya sendiri.

Dalam video tersebut, lelaki terbabit cuba menca-bul mangsa dan secara paksa cuba menciumnya. Mangsa cuba melawan balik namun gagal menghalang tindakan keji lelaki itu.

Suspek yang juga bekerja di pusat beli-belah itu ditahan oleh pihak berkuasa pada bulan lalu dan akan didakwa di atas pertuduhan serangan se--ksu--al.

Video yang berdurasi 20 saat itu dimuat naik oleh Puan Seri Zaza di laman Facebook dan menerima kecaman netizen yang jijik melihat perbuatan tidak senonoh lelaki warga asing berkenaan.

"Budak lelaki pun kau jadi ye? Saya berada di klinik hari ini dan doktor telah menunjukkan kepada saya sebuah video klip di sebuah mall. 

"Di dalam mall ini menyediakan perkhidmatan kereta kecil yang menggunakan tenaga bateri untuk kanak-kanak bermain sambil diawasi oleh salah seorang lelaki daripada kumpulan penyedia perkhidmatan ini. 

"Semasa anak tengah asyik bermain di mana ibu bapa mereka sibuk berbual sementara menunggu anak habis bermain, lelaki terbabit mengambil peluang untuk melakukan perbuatan kejinya itu.

"Sebaik saja tiba di sudut luar pandangan ibu bapa mangsa, lelaki itu memberhentikan kereta mainan tersebut dan mula mencab-ul mangsa.

"Mangsa cuba menolak lelaki terbabit, namun apakan daya kudrat orang dewasa tidak dapat ditewaskan. Mangsa adalah kanak-kanak lelaki!" katanya.

Lelaki terbabit dilihat mencium mangsa beberapa ketika sebelum melepaskannya dan perbuatannya itu sempat dirakam oleh orang awam.

Jenayah pedophile semakin menjadi-jadi. Ibu bapa dinasihatkan tidak leka dan membiarkan anak-anak bersama dengan individu yang tidak dikenali mahupun meletakkan kepercayaan pada orang lain sewenang-wenangnya bagi mengelakkan perkara seperti ini berlaku. THEHYPEMEDIA.COM

Post a Comment