KREN TUMBANG:SEORANG JEMAAH MALAYSIA DISAHKAN MAUT

PETALING JAYA: Seorang jemaah haji dari Malaysia, Rusiah Suar, 56, disahkan meninggal dunia di dalam tragedi runtuhan kren di Masjidil Haram pada Jumaat lalu.

Memetik dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, pengesahan itu dibuat oleh Lembaga Tabung Haji berdasarkan proses pengecaman jenazah melalui 108 gambar, buku rekod kesihatan, pas dan juga gelang pengenalan diri jemaah serta ujian DNA jika diperlukan.
"Hari ini (Ahad) satu jenazah jemaah haji Malaysia yang telahpun dikenal pasti iaitu Allahyarhamah Rusiah Suar, 56 tahun dari Sungkai, Perak," katanya memetik laporan dari mStar Online. - Siakapkeli.my

Post a Comment