MASYARAKAT MAGHRIBI BERBARING DI PANTAI KERANA....(GAMBAR)

MAGHRIBI: Sebagai tanda solidariti, beratus penduduk di bandar ini meniarap di pesisiran pantai mengenangkan nasib malang yang menimpa Aylan Kurdi, yang maut ketika lari berhijrah ke negara asing.
Mereka memakai baju bewarna merah dan seluar bewarna biru, menyerupai pakaian yang sama kanak-kanak berusia tiga tahun itu ketika mayatnya ditemui terdampar di pantai.

“Tugas saya dan rakan-rakan di sini adalah untuk memberi mesej kepada dunia bahawa pemimpin dunia seakan-akan tidak peduli dengan isu pergolakkan dan krisis yang berlaku di Syria,” kata penganjur program, Latifa Ahrar.

Aylan merupakan antara mangsa pelarian yang ditemui mati lemas selepas bot yang dinaiki karam ketika percubaan memasuki Greece dari pantai Turki.

Ia berikutan konflik tiada berkesudahan yang melanda Syria sehingga menyebabkan rakyatnya terpaksa menjadi pelarian di negara sendiri. -Siakapkeli.my

Post a Comment