MAYAT KEVIN MORAIS DIJUMPAI DALAM TONG DRAM(GAMBAR)

KUALA LUMPUR - Timbalan Pendakwa Raya, Kevin Anthony Morais yang dilaporkan hilang 12 hari lalu, ditemui mati dibunuh setelah mayatnya ditemui terbenam dalam konkrit sebuah tong dram di USJ 1, Subang Jaya, hari ini.

Polis juga turut mengesahkan bahawa, 7 orang termasuk seorang doktor tentera telah ditahan semalam.

Hasil soal siasat yang dilakukan terhadap suspek utama telah membawa polis ke kawasan paya berkenaan dan menemui sebuah tong dram yang mengandungi jasad Morais.

Polis percaya, pembunuhan Kevin Morais itu mempunyai kaitan dengan sebuah kes yang dibicarakan di Mahkamah Shah Alam di mana Morais terlibat. 

Dalam kes rasuah tersebut, Morais merupakan pendakwa bagi suspek yang terbabit. -



Post a Comment